Friday, 16 November 2018

QAWAIDH MEMBARISKAN NUN WIQAYAH

Nun ( ن ) Wiqayah atau pun Nun Iwadh atau digelar juga Nun Wasol adalah baris kasroh    ( َ ) (baris di bawah) yang wujud bila setiap kali baris dua ( ًٌٍ  )(tanwin: samada Fathatain, Dhummatain atau Kasratain) bertemu dengan huruf Hamzah Wasol (alif yang di tanda dengan huruf shod). Sebelum itu harus difahami bahawa setiap tanwin itu adalah Nun Sakinah yang wujud dalam bacaan tapi tiada (dalam bentuk) huruf. Bila nun yang ada dalam tanwin bertemu Hamzah Wasol, wajib (dalam qawaidh bacaan)  diharakahkan Nun yang sakin tadi dengan harakah kasroh. Terdapat 34 ayat kesemuanya dalam keseluruhan mushaf Al Quran. 34 ayat itu tidak termasuk pertemuan dua ayat yang di wasolkan seperti contoh surah Al Ikhlas ayat 1 dengan 2 diwasolkan. Di sini saya senaraikan keseluruhan 34 ayat tersebut.





Untuk list keseluruhan boleh 34  ayat (dalam file PDF bolehlah hubungi saya di email: bourjourqe916@gmail.com

Nun Wiqayah yang berlaku dalam dua ayat yang diwasolkan akan saya muat naik pada posting yang akan datang. Insya Allah.

Tuesday, 7 November 2017

Bunga Serai

Inilah rupa bunga serai yang tumbuh di rumpunan serai milik ustaz Suhaimi seorang staff Pusat Islam USM Kampus Kesihatan Kubang Kerian.

Sunday, 3 May 2015

Nama Panggilan Ceri Malaysia:Muntingia Calabura


Nama Panggilan Ceri Malaysia:Muntingia Calabura


Muntingia Calabura mempunyai khasiat khasiat yang baik.

Buah seperti buah ceri tapi isinya lain. Isi nya harum bagai pandan jika dimakan

Daun Muntingia Calabura boleh dibuat tea herba berkhasiat

Thursday, 27 February 2014

Budak Hilang Ditemui Telah DInikahkan Dengan Lelaki Myanmar di Selatan Thailand

Budak perempuan yang dipercayai hilang awal februari 2014 lalu ditemui hasil maklumat orang ramai di sekitar Kubang Kerian kelmarin (27 februari 2014) dan telah dinikahkan di selatan Thailand dengan lelaki warga Myanmar yang dipercayai jemaah Tabligh. Aishah binti Abu Bakar yang dipercayai hilang selepas didatangi oleh seorang ustaz jiran keluarga itu yang di kenali sebagai Ustaz Aziz Tabligh dengan memberitahu Ibu dan Abang Aishah bahawa Aishah telah melakukan hubungan jenis dengan lelaki Myanmar. 

Selepas mendapat berita itu Aishah seperti hilang akal dan berjalan tanpa arah. Kedua ibubapa membuat laporan ke Balai polis setelah Aishah 2 malam tidak pulang kerumah.  Hari seterusnya polis telah menangkap Myanmar yang dikenali sebagai Soe ketika itu sedang berbincang dengan Ustaz Aziz, Shairan Ismail (rakan tabligh) dan beberapa jamaah tabligh lain.


Diculik jamaah Tabligh dan dinikahkan dengan Myanmar di selatan Thai

Soe menafikan dia telah menyimpan Aishah malah tidak pernah menghubunginya sejak 3 bulan. Soe dibebaskan tanpa apa apa syarat sehinggalah maklumat orang ramai telah memberitahu bapa Aishah bahawa orang terserempak dengan Aishah bersama lelaki Myanmar dan telah dinikahkan di selatan Thailand.


Ustaz Aziz dan koncu tablighnya mungkin fikir dia telah mendapat pahala besar dengan usahanya bersekongkol menikahkan (bina masjid) anak orang, tapi dia harus ingat, cara itu membuat seorang anak mendurhaka kepada seorang ibu dan bapa kerana ibu Aishah kerap pengsan selepas anaknya hilang. Dosa Ustaz Aziz dan koncunya tidak akan diampun sekiranya mereka tidak meminta maaf kepada kedua ibubapa Aishah yang benar benar mengubah situasi hidup mereka.

Tuesday, 19 November 2013

Tangan Kidal


Si Tangan Kiri atau Si Kidal adalah fenomena yang agak jarang berlaku. RARE!. Ia hanya meliputi sekitar 10 peratus dari popilasi penduduk dunia. Mari kita lihat fakta menarik mengenai orang Kidal.

1. 10-12 peratus manusia di dunia adalah kidal. Orang lelaki lebih cenderung kidal dari perempuan dengan nisbah 1:4
2. 13 Ogos adalah hari Si kidal sedunia, Ia dilancarkan pada 1996. Kegiatan tahunan itu bagi meraikan Si Kidal dan meningkatkan kesedaran dan saling menyatakan kekecewaan setiap hari dalam dunia yang seolah dikuasai orang bertangan kanan.
3. Ibu yang berumur melebihi 40 tahun ke atas dianggarkan 128 peratus cenderung melahirkan anak kidal berbanding ibu yang berumur 20 tahun dan ke atas.
4. Pakar menyarankan dalam kes kembar siam yang terpaksa diplih satu antara kembar itu: Si Tangan kidal akan dilupuskan.




5. Kajian menunjukkan Si Kidal lebih cenderung mengalami schizophrenic (Sejenis sakit mental) , dyslexic (sukar mengenal symbol) dan gagap, kolitis ulserativa (penyakit usus) dan ketidakstabilan mental.
6. Punca sebenar Si Kidal tidak dapat dikenalpasti. Hanya genatik saja satu satunya yang dapat dikaitkan setakat ini.
7. Kidal berturun temurun dalam darah DiRaja Britain. Ibu Ratu, Ratu Elizabeth II, Putera Charles dan Putera William didapati semua kidal.
8. Sesetengah pakar menyatakan Si Kidal biasanya akan mati 6 tahun lebih awal berbanding orang bertangan kanan.
9. Selebriti bertangan kidal : Angelina Jolie, Nicole Kidman, Robert De Niro,Oprah Winfrey, Bruce Willis. Julia Robert, Jim Carey, Sylvester Stallone, George Bush, Bill Clinton, Barrack Obama dan Man Kidal.





Monday, 11 November 2013

SPAM Apakah Sebenarnya SPAM?

SPAM SPAM SPAM SPAM SPAM SPAM SPAM SPAM SPAM SPAM SPAM SPAM SPAM
SPAM SPAM SPAM SPAM SPAM SPAM SPAM SPAM SPAM SPAM SPAM SPAM SPAM 

Apakah SPAM yang selalu kita sebut dalam dunia cyber? Pada umumnya SPAM digelar kepada sesuatu perkara yang tersebar dengan cepat.
Mengapa begitu? Ceritanya begini, pada tahun 1937 sebuah syarikat makanan Hormel Foods Corporation di U.S mengeluarkan makanan daging spara masak dalam tin yang menjadi kontraversi kerana baunya agak meloyakan dan tidak disukai orang kerana daging yang ditinkan begitu bermutu rendah. Pada tin itu di label dengan SPAM sebagai singkatan untuk "Specially Prepared Assorted Meats". Namun bila tercetus Perang Dunia ke Dua  daging SPAM itu sangat laris dan cepat beredar dalam pasaran kerana pihak Bersekutu terpaksa mengagihkannya kepada tentera yang berperang.

Sehinggalah perkataan SPAM meniti di mulut masyarakat sebagai sesuatu yang cepat tersebar walaupun ia tidak disukai semua orang atau sesuatu yang menyampah samada inbox e-mail, laman social atau apa saja.



"Specially Prepared Assorted Meats" A.K.A SPAM terkini telah dinaik mutu oleh pengeluar.