Tuesday, 19 November 2013

Tangan Kidal


Si Tangan Kiri atau Si Kidal adalah fenomena yang agak jarang berlaku. RARE!. Ia hanya meliputi sekitar 10 peratus dari popilasi penduduk dunia. Mari kita lihat fakta menarik mengenai orang Kidal.

1. 10-12 peratus manusia di dunia adalah kidal. Orang lelaki lebih cenderung kidal dari perempuan dengan nisbah 1:4
2. 13 Ogos adalah hari Si kidal sedunia, Ia dilancarkan pada 1996. Kegiatan tahunan itu bagi meraikan Si Kidal dan meningkatkan kesedaran dan saling menyatakan kekecewaan setiap hari dalam dunia yang seolah dikuasai orang bertangan kanan.
3. Ibu yang berumur melebihi 40 tahun ke atas dianggarkan 128 peratus cenderung melahirkan anak kidal berbanding ibu yang berumur 20 tahun dan ke atas.
4. Pakar menyarankan dalam kes kembar siam yang terpaksa diplih satu antara kembar itu: Si Tangan kidal akan dilupuskan.




5. Kajian menunjukkan Si Kidal lebih cenderung mengalami schizophrenic (Sejenis sakit mental) , dyslexic (sukar mengenal symbol) dan gagap, kolitis ulserativa (penyakit usus) dan ketidakstabilan mental.
6. Punca sebenar Si Kidal tidak dapat dikenalpasti. Hanya genatik saja satu satunya yang dapat dikaitkan setakat ini.
7. Kidal berturun temurun dalam darah DiRaja Britain. Ibu Ratu, Ratu Elizabeth II, Putera Charles dan Putera William didapati semua kidal.
8. Sesetengah pakar menyatakan Si Kidal biasanya akan mati 6 tahun lebih awal berbanding orang bertangan kanan.
9. Selebriti bertangan kidal : Angelina Jolie, Nicole Kidman, Robert De Niro,Oprah Winfrey, Bruce Willis. Julia Robert, Jim Carey, Sylvester Stallone, George Bush, Bill Clinton, Barrack Obama dan Man Kidal.





No comments:

Post a Comment