Selepas mendapat berita itu Aishah seperti hilang akal dan berjalan tanpa arah. Kedua ibubapa membuat laporan ke Balai polis setelah Aishah 2 malam tidak pulang kerumah. Hari seterusnya polis telah menangkap Myanmar yang dikenali sebagai Soe ketika itu sedang berbincang dengan Ustaz Aziz, Shairan Ismail (rakan tabligh) dan beberapa jamaah tabligh lain.
Diculik jamaah Tabligh dan dinikahkan dengan Myanmar di selatan Thai |
Soe menafikan dia telah menyimpan Aishah malah tidak pernah menghubunginya sejak 3 bulan. Soe dibebaskan tanpa apa apa syarat sehinggalah maklumat orang ramai telah memberitahu bapa Aishah bahawa orang terserempak dengan Aishah bersama lelaki Myanmar dan telah dinikahkan di selatan Thailand.
Ustaz Aziz dan koncu tablighnya mungkin fikir dia telah mendapat pahala besar dengan usahanya bersekongkol menikahkan (bina masjid) anak orang, tapi dia harus ingat, cara itu membuat seorang anak mendurhaka kepada seorang ibu dan bapa kerana ibu Aishah kerap pengsan selepas anaknya hilang. Dosa Ustaz Aziz dan koncunya tidak akan diampun sekiranya mereka tidak meminta maaf kepada kedua ibubapa Aishah yang benar benar mengubah situasi hidup mereka.
No comments:
Post a Comment