Mutaakhir ini kita dibimbangkan oleh perculikan yang bermotifkan menjual organ manusia.
Bulan lepas besan kak Hasnah (kakak penulis) yang dipanggil Mak Wan 53 tahun diculik.
Lelaki dalam lingkungan 35 datang ke gerai goreng pisang Mak Wan sekitar jam 2 petang ketika Mak Wan sedang bersiap siap untuk menjual goreng pisangnya. Lelaki peramah itu berlagak baik macam ketua kampung layaknya bertanya Mak Wan;
Lelaki: Mak Cik, Makcik tak pegi ambil duit ke kat KB Mall. Dato Fatmi tengah bagi wang ehsan 300 seorang.
Mak Wan: Betul ke Awe?
Lelaki: Betul la Mak Cik..jangan pegi lewat, orang ramai sangat..nanti habis duit tu tak sempat kat makcik.
Mak Wan: Mak Cik nak pegi dgn ape awe? mak cik tak de kenaikan.
Lelaki: Biar saya bawa mak cik dgn moto.
selepas beberapa detik pujuk..beranilah Mak Wan untuk naik moto..tapi lelaki itu tak bawa Mak Wan ke KBMall sebaliknya dia lalu jalan lain dan lewati Jambatan Sultan Yahya Petra hingga sampai di Pasir Pekan menghala ke Pasir Mas. Mak Wan baru fikir dia di tipu. Mak wan suruh berhenti. lelaki itu tak endah Mak Wan. Mak Wan meronta menyebabkan motosikal tak dapat di kawal lalu jatuh. Mak Wan menjerit minta tolong. Pada mulanya lelaki itu angkat motosikal lalu naik dan pergi.. beberapa detik selepas tu lelaki tu datang lagi dan ragut rantai leher Mak Wan dan lari.
Berdasarkan statement Mak Wan itu; polis mengesyaki lelaki tersebut pada mulanya bukan saja mahu mengambil barang kemas Mak wan, tapi juga mahu menjual organ Mak Wan.
Di sini penulis mahu kita sama sama berwaspada dengan apa apa kecurigaan lebih lagi dengan orang asing. Pelbagai cara mereka akan lakukan memandangkan harga organ manusia semakin tinggi dan permintaannya juga meningkat.
Akhir kata, berhati hatilah selalu
Saturday, 15 December 2012
Thursday, 13 December 2012
Betapa Seninya Allah Mencipta Mata Manusia
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
maka nikmat tuhan kamu yaang manakah kamu dustakan?
(ayat dari Surah Ar-Rahman yang diulang ulang)
Anas Radhiyallahu‘anhu berkata, “Saya mendengar Rosululloh Shalallahu’ alaihi wasallam
bersabda, ‘Sesungguhnya, Allah ta’ala berfirman, “Apabila aku menguji
salah seorang hamba-Ku dengan kebutaan pada kedua matanya kemudian ia
sabar, maka Aku akan menggantikannya dengan surga. (HR. Bukhari)
Alhamdulillah. betapa besarnya nikmat penglihatan yang Allah telah anugerahkan kepada kita semua yang dapat melihat dengan sempurna. Semua perkara kita dapat lihat. dari situ marilah kita sama sama menggunakan mata anugerah Allah bagi melihat dan mengkagumi kebijaksanaan Allah mencipta anggota kita.
Sunday, 9 December 2012
Nasihat Ulama'
Nasihat Dato' Mufti Haji Muhammad Nor Kepada Pemandu
Ulama Kelantan yang terkenal yang juga pengarang Tafsir Pimpinan Rahman,
Mestika Hadis yang juga Bekas Mufti Kelantan Allahuyarham
Dato' Haji Muhammad Nor bin Ibrahim pernah menasihatkan
kepada pemandu rasminya Haji Wan Abdullah bin Wan Muda supaya
tidak meninggalkan solat fardhu berjemaah. Dan jangan lupa
membaca Al-Quran sekurang kurangnya sehelai (dua mukasurat)
setiap hari dan membaca amalan wirid dan doa di bawah ini sebelum memulakan tugasan harian:
Alangkah baiknya jika pemandu pemandu muslim mengamalkan
warid yang di sarankan oleh Tok Guru Dato' Mufti ini agar
mengelak dari sebarang kecelakaan yang tidak diingini di jalaraya.
di samping beroleh pahala yang mencurah curah dalam perkerjaan
seharian mereka.
-credit gambar dari buku Ustaz Abdullah Al-Qari
Friday, 7 December 2012
Anak Bumi (Earth Child)
Anda tentu pernah lihat sendiri atau gambar anak bulan. Biasanya orang islam akan sering sebut nama ini sewaktu hampir masuk bulan Ramadhan dan Syawal.
Tapi pernahkah anda tahu, bumi juga akan kelihatan seperti anak bulan jika dilihat dari angkasa?
Beginilah pandangan Anak Bumi dari angkasa. (foto dari Nasa)
Tapi pernahkah anda tahu, bumi juga akan kelihatan seperti anak bulan jika dilihat dari angkasa?
Beginilah pandangan Anak Bumi dari angkasa. (foto dari Nasa)
Sunday, 2 December 2012
Carta Usia Manusia Mengikut Negara
Di negara manakah anda tinggal? apakah tempat tinggal mempengaruhi hayat seseorang?
Rakyat Malaysia rata ratanya akan bertahan sehingga 74 tahun lebih dengan ranking 112 selepas Venezuela. Rakyat Monaco umurnya paling panjang di dunia dengan anggaran purata 89 tahun lebih.
Mari kita sama sama lihat Carta Usia Mengikut Negara tempat anda tinggal.
Rakyat Malaysia rata ratanya akan bertahan sehingga 74 tahun lebih dengan ranking 112 selepas Venezuela. Rakyat Monaco umurnya paling panjang di dunia dengan anggaran purata 89 tahun lebih.
Mari kita sama sama lihat Carta Usia Mengikut Negara tempat anda tinggal.
Carta umur mengikut negara. Nampaknya Chad bukan pilihan baik untuk panjang umur.
Ini pula Carta Warna mengikut Negara
Terdapat persoalan dalam Carta pertama (atas) kerana CIA tidak memasukan ranking 221. Bolehkah anda agak negara apakah yang tiada dalam carta itu dan mengapa ia disembunyikan?
Monday, 26 November 2012
Pencakar Langit Taman Tergantung
Kepada yang sudah pergi ke Dhubai Abu Dhabi perkara ini sudah tidak aneh lagi kerana panorama begini sering boleh dilihat. Tapi bagi kita yang tidak pernah ke sana tengok gambar pun jadi laa..
Bandaraya Dhubai dari atas awan
Tiada Pangkal
Pencakar Langit di telan awan
Burj Al-Khalifa tersergam di atas Kayangan
Sunday, 18 November 2012
Uniknya Gerhana Matahari
Pernah tengok Gerhana Matahari?
Mari kita lihat
perkara yang menarik sewaktu gerhana matahari.
Sebelum itu mari lihat dulu perbandingan matahari dan bulan.
Kedua dua objek ini hanya nampak sama bila lihat dari bumi.
Matahari
berdiameter 1,390,000 kilometers. (1.39 million kilometers)
manakala bulan pula berdiameter 3,474 kilometer sahaja
Bulan mula menutup wajah matahari sedikit demi sedikit.
Hampir menutup keseluruhan matahari.
Gerhana penuh 7 November 2012 dapat di saksikan di Australia.
Sewaktu gerhana
matahari penuh, bulan boleh menutup matahari meskipun diameter matahari 400 kali ganda lebih besar berbanding bulan.
Itulah kebijaksanan Allah mencipta
alam yang kita diami ini.
Segalanya amat menakjubkan bila
kita berfikir
Tuesday, 13 November 2012
Doa Akhir dan Awal Tahun
Assalamualaikum Muslimin dan Muslimat.
Sebagai muslim kita di ajar supaya mendoakan kebaikan untuk setahun. Bermula akhir Zulhijjah kita disaran berdoa Doa akhir Tahun pada waktu selepas solat Asar atau sebelum masuk waktu maghrib.
di bawah ini yang warid dibaca:
Sebagai muslim kita di ajar supaya mendoakan kebaikan untuk setahun. Bermula akhir Zulhijjah kita disaran berdoa Doa akhir Tahun pada waktu selepas solat Asar atau sebelum masuk waktu maghrib.
di bawah ini yang warid dibaca:
Doa Akhir Tahun
Setelah solat Maghrib kita disunatkan pula membaca Doa Awal Tahun
seperti di bawah ini:
Doa Awal Tahun
Semoga amalan kita diberkati hidup kita dan Allah babaskan kita dari dimasukkan ke dalam mana mana neraka jua. Kerana kita tak akan tahan dengan azabnya meski yang paling ringan.
Amin Ya Allah
Minuman Pembunuh Produk Zionis
AWAS
jika mahu anda dahaga dan mahu minum
kerana di pasaran terdapat Air Minuman pembunuh.
Anais Fournier
Seorang remaja Anais Fournier, 14 tahun di temui mati kerana keracunan kafien
setelah beliau meminum dua tin Monster Energy Drink
di rumahnya Maryland.
Minuman Monster Energy
Bagi pandangan penulis sendiri, penulis memang tidak
suka minuman bertin/botol yang mengandungi pelbagai
bahan kimia yang kita sendiri kabur apakah bahan asalnya.
Malahan pula jenama Monster itu adalah produk Zionis
dan logonya sahaja sudah menunjukkan 3 Waw (dalam bahasa Hebrew no. 6)
Logo Monster dan Waw Hebrew
Nombor 666 Nombor Dajjal bagi kepercayaan mereka yang melambangkan Beast (Antichrist atau Dajjal)
Semoga kita sentiasa berhati hati untuk memilih minuman, makanan dan apa
juga produk bagi memastikan kita tidak menyokong produk2 Zionis
seluruh dunia.
Monday, 12 November 2012
Fenomena awan yang menyeramkan seluruh dunia
Fenomena awan yang menyeramkan seluruh dunia.
Awan ombak berbalam balam dengan warna seperti wajah Darth Vader
Awan seperti tapak gajah seakan mahu memijak bumi
Awan bersama petir yang menyeramkan.
Awan seperti tanah yang akan runtuh ke bumi.
tanda tanda ini adalah isyarat dari Yang Maha Pencipta supaya kita merasa gerun kepadaNya.
Sama samalah kita segera insaf akan kekerdilan dan segera bertaubat.
Subscribe to:
Posts (Atom)