Mutaakhir ini kita dibimbangkan oleh perculikan yang bermotifkan menjual organ manusia.
Bulan lepas besan kak Hasnah (kakak penulis) yang dipanggil Mak Wan 53 tahun diculik.
Lelaki dalam lingkungan 35 datang ke gerai goreng pisang Mak Wan sekitar jam 2 petang ketika Mak Wan sedang bersiap siap untuk menjual goreng pisangnya. Lelaki peramah itu berlagak baik macam ketua kampung layaknya bertanya Mak Wan;
Lelaki: Mak Cik, Makcik tak pegi ambil duit ke kat KB Mall. Dato Fatmi tengah bagi wang ehsan 300 seorang.
Mak Wan: Betul ke Awe?
Lelaki: Betul la Mak Cik..jangan pegi lewat, orang ramai sangat..nanti habis duit tu tak sempat kat makcik.
Mak Wan: Mak Cik nak pegi dgn ape awe? mak cik tak de kenaikan.
Lelaki: Biar saya bawa mak cik dgn moto.
selepas beberapa detik pujuk..beranilah Mak Wan untuk naik moto..tapi lelaki itu tak bawa Mak Wan ke KBMall sebaliknya dia lalu jalan lain dan lewati Jambatan Sultan Yahya Petra hingga sampai di Pasir Pekan menghala ke Pasir Mas. Mak Wan baru fikir dia di tipu. Mak wan suruh berhenti. lelaki itu tak endah Mak Wan. Mak Wan meronta menyebabkan motosikal tak dapat di kawal lalu jatuh. Mak Wan menjerit minta tolong. Pada mulanya lelaki itu angkat motosikal lalu naik dan pergi.. beberapa detik selepas tu lelaki tu datang lagi dan ragut rantai leher Mak Wan dan lari.
Berdasarkan statement Mak Wan itu; polis mengesyaki lelaki tersebut pada mulanya bukan saja mahu mengambil barang kemas Mak wan, tapi juga mahu menjual organ Mak Wan.
Di sini penulis mahu kita sama sama berwaspada dengan apa apa kecurigaan lebih lagi dengan orang asing. Pelbagai cara mereka akan lakukan memandangkan harga organ manusia semakin tinggi dan permintaannya juga meningkat.
Akhir kata, berhati hatilah selalu
No comments:
Post a Comment