Mutaakhir ini kita dibimbangkan oleh perculikan yang bermotifkan menjual organ manusia.
Bulan lepas besan kak Hasnah (kakak penulis) yang dipanggil Mak Wan 53 tahun diculik.
Lelaki dalam lingkungan 35 datang ke gerai goreng pisang Mak Wan sekitar jam 2 petang ketika Mak Wan sedang bersiap siap untuk menjual goreng pisangnya. Lelaki peramah itu berlagak baik macam ketua kampung layaknya bertanya Mak Wan;
Lelaki: Mak Cik, Makcik tak pegi ambil duit ke kat KB Mall. Dato Fatmi tengah bagi wang ehsan 300 seorang.
Mak Wan: Betul ke Awe?
Lelaki: Betul la Mak Cik..jangan pegi lewat, orang ramai sangat..nanti habis duit tu tak sempat kat makcik.
Mak Wan: Mak Cik nak pegi dgn ape awe? mak cik tak de kenaikan.
Lelaki: Biar saya bawa mak cik dgn moto.
selepas beberapa detik pujuk..beranilah Mak Wan untuk naik moto..tapi lelaki itu tak bawa Mak Wan ke KBMall sebaliknya dia lalu jalan lain dan lewati Jambatan Sultan Yahya Petra hingga sampai di Pasir Pekan menghala ke Pasir Mas. Mak Wan baru fikir dia di tipu. Mak wan suruh berhenti. lelaki itu tak endah Mak Wan. Mak Wan meronta menyebabkan motosikal tak dapat di kawal lalu jatuh. Mak Wan menjerit minta tolong. Pada mulanya lelaki itu angkat motosikal lalu naik dan pergi.. beberapa detik selepas tu lelaki tu datang lagi dan ragut rantai leher Mak Wan dan lari.
Berdasarkan statement Mak Wan itu; polis mengesyaki lelaki tersebut pada mulanya bukan saja mahu mengambil barang kemas Mak wan, tapi juga mahu menjual organ Mak Wan.
Di sini penulis mahu kita sama sama berwaspada dengan apa apa kecurigaan lebih lagi dengan orang asing. Pelbagai cara mereka akan lakukan memandangkan harga organ manusia semakin tinggi dan permintaannya juga meningkat.
Akhir kata, berhati hatilah selalu
Saturday, 15 December 2012
Thursday, 13 December 2012
Betapa Seninya Allah Mencipta Mata Manusia
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
maka nikmat tuhan kamu yaang manakah kamu dustakan?
(ayat dari Surah Ar-Rahman yang diulang ulang)
Anas Radhiyallahu‘anhu berkata, “Saya mendengar Rosululloh Shalallahu’ alaihi wasallam
bersabda, ‘Sesungguhnya, Allah ta’ala berfirman, “Apabila aku menguji
salah seorang hamba-Ku dengan kebutaan pada kedua matanya kemudian ia
sabar, maka Aku akan menggantikannya dengan surga. (HR. Bukhari)
Alhamdulillah. betapa besarnya nikmat penglihatan yang Allah telah anugerahkan kepada kita semua yang dapat melihat dengan sempurna. Semua perkara kita dapat lihat. dari situ marilah kita sama sama menggunakan mata anugerah Allah bagi melihat dan mengkagumi kebijaksanaan Allah mencipta anggota kita.
Sunday, 9 December 2012
Nasihat Ulama'
Nasihat Dato' Mufti Haji Muhammad Nor Kepada Pemandu
Ulama Kelantan yang terkenal yang juga pengarang Tafsir Pimpinan Rahman,
Mestika Hadis yang juga Bekas Mufti Kelantan Allahuyarham
Dato' Haji Muhammad Nor bin Ibrahim pernah menasihatkan
kepada pemandu rasminya Haji Wan Abdullah bin Wan Muda supaya
tidak meninggalkan solat fardhu berjemaah. Dan jangan lupa
membaca Al-Quran sekurang kurangnya sehelai (dua mukasurat)
setiap hari dan membaca amalan wirid dan doa di bawah ini sebelum memulakan tugasan harian:
Alangkah baiknya jika pemandu pemandu muslim mengamalkan
warid yang di sarankan oleh Tok Guru Dato' Mufti ini agar
mengelak dari sebarang kecelakaan yang tidak diingini di jalaraya.
di samping beroleh pahala yang mencurah curah dalam perkerjaan
seharian mereka.
-credit gambar dari buku Ustaz Abdullah Al-Qari
Friday, 7 December 2012
Anak Bumi (Earth Child)
Anda tentu pernah lihat sendiri atau gambar anak bulan. Biasanya orang islam akan sering sebut nama ini sewaktu hampir masuk bulan Ramadhan dan Syawal.
Tapi pernahkah anda tahu, bumi juga akan kelihatan seperti anak bulan jika dilihat dari angkasa?
Beginilah pandangan Anak Bumi dari angkasa. (foto dari Nasa)
Tapi pernahkah anda tahu, bumi juga akan kelihatan seperti anak bulan jika dilihat dari angkasa?
Beginilah pandangan Anak Bumi dari angkasa. (foto dari Nasa)
Sunday, 2 December 2012
Carta Usia Manusia Mengikut Negara
Di negara manakah anda tinggal? apakah tempat tinggal mempengaruhi hayat seseorang?
Rakyat Malaysia rata ratanya akan bertahan sehingga 74 tahun lebih dengan ranking 112 selepas Venezuela. Rakyat Monaco umurnya paling panjang di dunia dengan anggaran purata 89 tahun lebih.
Mari kita sama sama lihat Carta Usia Mengikut Negara tempat anda tinggal.
Rakyat Malaysia rata ratanya akan bertahan sehingga 74 tahun lebih dengan ranking 112 selepas Venezuela. Rakyat Monaco umurnya paling panjang di dunia dengan anggaran purata 89 tahun lebih.
Mari kita sama sama lihat Carta Usia Mengikut Negara tempat anda tinggal.
Carta umur mengikut negara. Nampaknya Chad bukan pilihan baik untuk panjang umur.
Ini pula Carta Warna mengikut Negara
Terdapat persoalan dalam Carta pertama (atas) kerana CIA tidak memasukan ranking 221. Bolehkah anda agak negara apakah yang tiada dalam carta itu dan mengapa ia disembunyikan?
Subscribe to:
Posts (Atom)